1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)
Bahan-bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)
Bahan tumis
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara
Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa.
Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur.
Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
Biarkan sehingga kuah pekat (ala-ala rendang gitu). Kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!!
MINTAK IZIN COPY RESEPI TERIMA KASIH, AL MAL
ReplyDelete