Diceduk dari FB.
Jom cuba resipi yang amat ringkas, mudah dan versatil ini.
Apa yang anda perlukan adalah:
200 gm spageti
6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
Beberapa keping cendawan kering - direndam hingga lembut
2 sudu besar minyak zaitun, sekiranya tiada boleh gantikan dengan minyak jagung
1 sudu kecil herba - parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)
Garam secukup rasa
Untuk menyediakannya:
1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spageti seharus dimasak al dente kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.
2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing). Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.
No comments:
Post a Comment